Sunday 17 May 2009

Pementasan Bangsawan : Delima Mustika Sakti


Pada malam semalam saya sempat melihat sebuah pementasan teater bangsawan yang dibawakan oleh Kumpulan Bangsawan Seri Mahkota Alam, Johor Bahru. Semalam merupakan hr yang kedua dan akan berakhir pada hr ni. Pementasan berlangsung di Panggung Bandaraya berhadapan dengan Dataran Merdeka.

Bangsawan Delima Mustika Sakti mengisahkan tentang Seri, seorang gadis yang dipelihara oleh keluarga Sang Pendeta Buana sejak kecil. Apabila dewasa, Seri menjadi pilihan hati Raja Jauhar Nilam Shah untuk dijadikan permaisurinya. Walau bagaimanapun, Seri telah disumpah oleh Sang Pendeta Wara yang menyalahgunakan ilmu kebatinan yang dimilikinya sehingga Raja Jauhar Nilam Shah tidak dapat mengenali wajah isterinya sendiri. Hanya cincin mohor daulat kerajaan negeri pemberian Raja Jauhar Nilam Shah kepada Seri yang dapat menghapuskan sumpahan tersebut.

Sedikit komentar :
- Saya amat suka pada lakonan pemegang watak Seri (Natasha Mohd Yazir). Cukup menghayati watak. Dia berjaya menyampaikan perasaannya kepada penonton. Syabas!!
- Pemegang watak Sang Pendeta Wara (Zamri Pangat) juga menunjukkan lakonan yang amat berkesan pada saya sebagai watak antagonis.
- Kelemahan jelas terpancar kepada pemegang watak Raja Jauhar Nilam Shah (Mohd Fazry A.Rahman). Ada sesuatu yang kurang dari aspek lontaran perasaannya.
- Secara keseluruhan, teater ini cukup menarik untuk ditonton.

Jadi, bagi mereka yang berkesempatan untuk melihat sendiri teater bangsawan Delima Mustika Sakti, saksikan pada jam 8.30 malam ini di Panggung Bandaraya berhadapan dengan Dataran Merdeka. MASUK PERCUMA... Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan, jangan susah hati. Sebuah lagi pementasan teater bangsawan yang bertajuk Panglima Indera Kayangan akan diadakan pada 12-14 Jun nanti ditempat yang sama.

Friday 15 May 2009

Guru : Satu Kerjaya Atau Cintakan Bangsa


Guru (Pensyarah, Ustaz, Cikgu dan yang sama waktu dengannya) sebagaimana diketahui umum merupakan gelaran kepada manusia yang menurunkan ilmunya kepada manusia lain sama ada secara teori atau praktikal. Tetapi, cuba kita lihat pada masa kini. Pada pandangan anda, apakah guru itu hanya semata merupakan satu kerjaya atau kerana tebalnya semangat cintakan bangsa??

Persoalan yang sering bermain di minda saya apabila mendengarkan ada di antara manusia yang berkata, "Ala, kalau tak dapat kerja pun aku apply je guru." Agak terkilan apabila mendengarkan pada masa kini jawatan sebagai guru itu seolah menjadi pilihan terakhir dalam mencari pekerjaan. Malahan, secara tidak langsung mencerminkan bagaimana minda masyarakat kita sekarang yang memandang guru itu cukup rendah tarafnya.

Saya sendiri merasa bahawa ada SEGELINTIR guru yang menjalankan tugas sambil lewa iaitu sekadar memberikan ilmu semata tanpa cuba membantu pelajar yang memerlukan bantuan. Sebaliknya, jika ada pelajar yang lemah daya pemikirannya, segelintir guru pasti akan membenci pelajar berkenaan.

Pada saya, seorang guru yang berjiwa besar bukan sahaja membantu pelajar membangunkan diri ke arah kecemerlangan, malahan berusaha membentuk akhlak, minda, jiwa dan segala aspek lagi. Kita tidak seharusnya menyalahkan ibubapa sekira anak mereka berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya. Guru juga perlu bertanggungjawab ke atas pelajar yang di didiknya. Saya memerhatikan adik saya sendiri, masih sekolah rendah. Dia lebih mempercayai kata-kata guru berbanding dengan kata ayah atau mak atau saya sendiri sebagai abangnya. Di sini kita dapat melihat betapa besarnya pengaruh guru itu pada diri seseorang pelajar.

Apa yang penting, guru kena mengenepikan soal gaji dan tanamkan sifat cintakan bangsa, agama dan negara. Semai kecintaan untuk menabur jasa dengan ilmu yang ada. Kemudian, sedar dengan diri, sedar teman, sedar ruang dan yang penting sedar Pencipta. InsyaAllah, impian untuk melihat Malaysia maju di masa akan datang pasti tercapai.

Selamat Menyambut Hari Guru
Teruskan Bakti Anda, Kerana Pada Anda Letaknya Masa Depan Negara, Agama Dan Bangsa
Terima Kasih, Guru...

Monday 11 May 2009

Melayu Lalai???


Senario politik Malaysia kini terutamanya di Perak semakin meruncing. Gaduh sana, gaduh sini. Perlukah semua ini berlaku?

Apa yang saya kesalkan, ada yang lantang bersuara namun hanya berani di laman internet. Berani mencari gaduh dengan manusia lain yang diharapkan akan tersinggung dan tersentuh dengan isu yang cuba dibangkitkan. Malahan, ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya disebut. Tegas saya katakan, ADAKAH INI RESAM ADAT MELAYU??!! Anda fikirkan sendiri, pada ketika kita menyedari ketuanan Melayu itu mula digugah tetapi mereka yang masih lena diulit mimpi terus menunding jari mencari kesalahan orang lain.Wahai Melayu, janganlah kamu semua leka dan alpa dengan isu yang boleh membawa kepada kemusnahan kaum sendiri. Sedar bahawa ada masalah yang lebih besar dan perlu diberikan perhatian segera. Janganlah kita sesama Melayu saling salah menyalah, tuduh menuduh, tuding menuding kononnya untuk mencari kebenaran dan membangkitkan kesalahan orang lain. Sebagai manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kesedaran itu perlu ada pada diri kita semua. Tegur itu tidak ada salahnya, tetapi biarlah penuh hormatnya. Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;

Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..


Sebagai insan yang menjadi hamba kepada Maha Esa di muka bumi ini, makanya kita perlu mempunyai kesedaran di dalam diri. Kita perlu sedar akan teman, sedar akan keadaan, sedar ruang, dan yang paling utamanya adalah sedar akan Pencipta. Saya juga mengingatkan diri saya sebagai seorang manusia yang lemah terhadap apa yang saya nukilkan. Wallahua'lam...

Monday 4 May 2009

Sewaktu Dulu


Sewaktu dulu

Kita bersama ketawa

Bergurau senda berkongsi cerita

Senang dikongsi susah dibahagi


Sewaktu dulu

Kita sama bekerja

Sengkang mata sampai pagi

Minum makan apa yang ada

Tolong sana tolong sini


Sewaktu dulu

Kita bersama

Namun tiba masa....


(Sajak ni aku buat untuk sahabat2 UMS, tapi hilang akal nak buat ending sajak ni, mungkin sebab ada "sesuatu" yang... Tak tahulah macam mana nak cakap. Maybe there's something that i'm not finish yet. Aku tak rasa aku patut tinggalkan UMS selagi ada "sesuatu" yang masih belum selesai. Only Allah knows)

Sunday 3 May 2009

My Life Is A Mess (Dedicated To A Friend)

I don't know what else to do
What else to say
What else to think
And even where else to go

Please
I tried to life my live
But when i try
There's someone hate me so much
Am i an enemy to you
Am i a devil to you

I know i'm not an Angel
Far from perfect
I'm just try to seek the joy in my life
Forgive me if i'm doing wrong
Cause i'm only human
Who might knows
Tomorrow i will not be there with you...

Khas Buat Sahabat-sahabat Di Sekolah Pengajian Seni, UMS

Buat Sahabat-sahabat Teater Tahun Tiga (Opi, Mizi, As, Shima, Sopeng & Sha), Buat Pie & Poh Sian Liam, Krew Produksi The Red Eyes Team (Dekon Kesumat), Tahun 1 & 2 SPS (Mana yang aku kenal & mengenali aku serta rapat dengan aku). Maaf Dipinta, Tulus Dari Hati. Terima Kasih Semua, Entah Bila Lagi Akan Berjumpa.... And This Is For U Guys

Lupakah kau sahabat
Sewaktu kita bersama dulu
Teguh berdiri bersama seiringan
Jatuh sakit sama merasa
Bangun kembali menapak

Lupakah kau sahabat
Kukuhnya ikatan kita bina
Biarpun dulunya goyah hampir rebah
Kita rangkak semula hingga ke puncak

Lupakah kau sahabat
Ada ketika kita sengketa
Hanya kerna zarah masalahnya
Tapi tetap kita simpulkan kembali
Ikatan yang putus
Agar nilai sahabat tidak kan cela

Ikhlas dari hati
Kau semua bukan lagi sahabat ku
Tapi kau saudaraku
Teman dikala sepi
Penyuluh dikala gelita
Biarpun kemudian nanti
Kau dan aku akan terasing
Kembali meninggalkan aku sendiri dalam kelam...

Friday 1 May 2009

Festival Dekon UMS 2009 : Ke Arah Memperkasakan DEKON Oleh : Anuar H.S

PRODUKSI FLAGE yang membawa teks “Nasib” karya dan arahan Toh Soo Peng (dua dari kiri) menjadi johan pada penganjuran Festival Dekon UMS 2009 bergambar bersama Dekan Sekolah Pengajian Seni, Prof. Hj. Inon Shaharudin Abd Rahman (empat dari kiri) bersama Pengarah Festival Dekon UMS 2009 (Datu Ahmad Tharmizi Datu Ujad)


KOTA KINABALU : Pada 15 April 2009 yang lepas, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Festival Dekon UMS 2009. Festival tersebut telah berlangsung di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni. Festival Dekon ini diadakan bertujuan untuk menghidupkan kembali pementasan dekon yang telah terhenti sejak penganjuran Festival Dekon MAKUM pada tahun 2001 yang juga dianjurkan oleh UMS. Selain itu, penganjuran Dekon pada peringkat UMS ini diadakan adalah bagi memilih teks dekon yang terbaik untuk mewakili UMS ke Festival Dekon MAKUM yang akan diadakan pada bulan Mei depan.


Sebanyak 7 produksi telah menaruhkan karya dekon yang ditulis oleh pengarah sendiri. Antaranya “Akhir Pencarian Ini” (karya dan arahan Hasimah Abdullah), “Hidupku” (karya dan arahan Siti Engsyah Ahmad), “Ayah” (karya dan arahan Datu Ahmad Tharmizi Datu Ujad), “Sarah” (karya dan arahan Aspariah Asad), “Kesumat” (karya dan arahan Mohd Anuar Hashim Shah) dan “Angkara” (karya dan arahan Mohd Soffi Mislin). Setaip karya dekon yang telah dipersembahkan mempunyai kekuatan yang tersendiri disamping mesej yang cuba disampaikan kepada para penonton.


“Akhir Pencarian Ini” mengisahkan tentang seorang anak yang bernama Imran yang terlalu ingin berjumpa dengan ibunya semula. Namun tanpa disengajakan, Disebabkan terdesak untuk mencari ibunya, Imran telah meragut seorang wanita untuk mendapatkan wang. Tanpa diketahui, wanita yang diragutnya itu adalah ibu kandung Imran yang kemudiannya telah meninggal dunia akibat kejadian ragut tersebut.


“Hidupku” mengisahkan tentang perjalanan cinta Aiman yang penuh dengan halangan yang diterima daripada abang Syafika iaitu Zulfikar, Aiman sanggup melepaskan kekasihnya itu. Namun, Syafika tetap teguh dengan cintanya lalu melarikan diri untuk bersama dengan Aiman. Tetapi, Syafika kemudiannya telah ditimpa kemalangan lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


“Ayah” mengisahkan tentang hidup seorang anak iaitu Wahid yang menyimpan rasa dendam kepada ayahnya sendiri. Wahid menganggap ayahnya terlalu kejam dengan menuduh maknya berlaku curang dengan perempuan lain. Demi kasih dan sayangnya terhadap mak yang tercinta, Wahid telah membunuh ayahnya yang disangka dapat membahagiakan maknya.


“Sarah” mengisahkan tentang seorang gadis yang cuba menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keluarganya. Namun tanpa disedarinya, Sarah juga sepatutnya berubah terlebih dahulu sebelum dia ingin mengubah kehidupan saudaranya yang lain.


“Kesumat” mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Suria yang merupakan seorang bekas penagih dadah. Namun, rasa cemburu yang tersemai dalam hati sahabat baiknya, Syafika kerana Hakimi yang menaruh perasaan terhadap Suria telah menyebabkan Syafika memfitnah Suria. Fitnah yang disebarkan telah menyebabkan mak Suria meninggal dunia. Peristiwa itu membuatkan rasa kesumat membara dihati Suria lalu membunuh Syafika.


“Nasib” mengisahkan tentang Mat, seorang pesakit mental akibat daripada peristiwa silamnya. Selepas ketiadaan ayah, Mat dan adik telah ditinggalkan oleh maknya di rumah atuk. Dibawah jagaan atuk, adik selalu didera sehinggakan adiknya meninggal dunia. Disebabkan itu, Mat yang dihantui rasa bersalah telah melarikan diri dan tidak lagi pulang ke rumah walaupun maknya meninggal dunia.


“Angkara” mengisahkan tentang Hafifi yang terlalu mengikut perasaan dalam bertindak. Disebabkan kecurangan kekasihnya yang kembali kepada teman lelaki lama dalam tempoh beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka, Hafifi telah bertindak membunuh keduanya.


Festival Dekon UMS 2009 telah berjaya mengangkat beberapa bakat baru dalam bidang lakonan mahupun kepengarahan. Antara anugerah yang disampaikan pada malam itu adalah Dekonis Harapan (dimenangi oleh Azrie, dekonis utama Akhir Pencarian Ini), Anugerah Khas Juri (dimenangi oleh “Angkara” karya dan arahan Mohd Soffi Mislin), Pengarah Harapan (dimenangi oleh Toh Soo Peng), Skrip Terbaik (dimenangi oleh Kesumat karya Mohd Anuar Hashim Shah), Tempat Ketiga (dimenangi oleh Akhir Pencarian Ini karya dan arahan Hasimah Abdullah), Naib Johan (dimenangi oleh Kesumat arahan dan karya Mohd Anuar Hashim Shah) dan Johan (dimenangi oleh Nasib karya dan arahan Toh Soo Peng).


Kesenian dekon ini sebenarnya telah lama wujud namun usaha untuk membangunkannya secara meluas masih lagi kurang. Secara kasarnya, dekon ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu Deklamasi dan Lakon. Persembahan dekon ini telah dimulakan oleh Sasterawan Negara iaitu Dato’ A.Samad Said. Pada awalnya, dekon ini dipersembahkan oleh Dato’ A.Samad Said untuk memberikan kefahaman kepada pelajar sekolah mengenai novel beliau yang bertajuk Daerah Zeni. Menurut Dato’ A.Samad Said dalam buku Lazri Meon, “...saya fikirkan jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab melalui dekon. Dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui dekalmasi dan lakon....”


Universiti Malaysia Sabah khususnya Sekolah Pengajian Seni kemudiannya telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan lagi penganjuran dekon ini di peringkat MAKUM IPTA yang telah dimulakan pada tahun 2001. Namun, penganjuran tersebut kemudiannya telah terhenti sehinggalah pada tahun ini persembahan dekon kembali dihidupkan dengan penganjuran Festival Dekon peringkat UMS. Terdapat beberapa ciri dekon yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian untuk dipertandingkan di peringkat MAKUM nanti. Antara yang utama adalah kesederhanaan dari aspek jumlah pelakon, masa pementasan, kostum dan cahaya.


Diharapkan dengan kejayaan penganjuran Festival Dekon UMS ini akan dapat menghidupkan kembali pementasan dekon itu sendiri dipersada seni persembahan. Usaha murni yang dilakukan oleh UMS khususnya Sekolah Pengajian Seni ini akan dapat menjadi contoh kepada agensi seni persembahan yang lain dalam memperkembangkan dekon ini yang masih baru dan segar. Ini seiring dengan tema yang digunakan bagi Festival Dekon UMS 2009 iaitu “Ke Arah Memperkasakan Dekon”.


(Artikel ini telah diterbitkan di akhbar Utusan Borneo bertarikh 28 April 2009 dengan tajuk "Festival UMS 2009 perkasakan Dekon")