Kemana perginya pemimpin Islam?? Persoalan yang cukup serius berlegar dibenak fikiran kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita mendapati isu2 keganasan yang seringkali dikaitkan dengan Islam cukup meluas dan diterima disegenap pelusuk dunia. Jika diimbas, peristiwa 11 September 2001 adalah detik permulaan kepada usaha segelintir pihak yang ingin menutup aib sendiri. Kesannya, umat Islam dijadikan mangsa keadaan.
Wajarkah isu keganasan dikaitkan pula dengan ajaran agama?? Satu daripada bukti Islam diperkotak-katikkan setelah dianggap agama keganasan adalah penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW diterbitkan oleh akhbar Jyllands-Posten (Denmark) tanggal 30 Disember 2005. Malangnya, suara yang membantah boleh dianggap si nyamuk dan hanya segelintir yang BENAR2 berkuasa menyuarakan bantahan secara SERIUS. Disebalik kenyataan media yang menyimpang mengenai Islam dan larangan cara hidup Islam, jelas sekali matlamat mereka hanya satu...untuk menjatuhkan Islam dan keindahannya yang selama ini dikepalai oleh golongan Yahudi.
Mungkin ada baiknya juga untuk kita terus mendiamkan diri, tetapi kita seharusnya meletakkan diri kita kepada saudara Islam yang sedang ditindas dek ancaman yang cuba mengikis nilai keislaman dalam kehidupan mereka. Kita mungkin tidak merasai kepahitannya malah masih sempat berketawa.
Pertubuhan Islam "OIC" pula dilihat amat rapuh terutamanya dari aspek perhubungan. Ahlinya yang terdiri dari negara Islam mempunyai nilai penyatuan dan ikatan ukhuwwah yang tidak seindah ajaran Islam yang menggesa penganutnya bersatu.
Sabda Rasulullah SAW, "Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim dari sahabat Ibnu Umar).
"Jangan jadi seperti enau, melepaskan pucuk masing2"...
Aku tak tau apa yg melanda diri aku skrg ni. Banyak fkr yg negatif, buntu, tension, mrh, mls.... Mungkin sbb p'istiwa itu. Aku ingin skali membuat komentar ttg itu, tp aku rskn buat ms skrg ni agak krg sesuai utk aku luahkn isi hati dan perut aku ni. Dan aku p'caya, jika aku katakn ttg isi hati aku ni, pasti atau mungkin akan ada yg b'setuju dgn aku (atau mungkin tidak).
Mfkn aku shbt2, sbnrnya ada byk berita t'kini yg ingin aku war2kn t'utamanya ttg kesenian. Tp ats sbb kecelaruan fkrn aku, buat masa skrg aku merskn hilang selera utk melakukn aktiviti hdp. Memang benarlh bhw kita sbg manusia adlh lemah. Aku semmgnya manusia yg lemah. Tdk thn dgn hdp yg penuh b'simpang siur. Aku jg kecewa dgn segelintir manusia. Manusia yg aku anggap blh menemani aku kala aku ingin mengadu, tp nampaknya p'kara yg paling tidak aku ingin tlh kembali b'ulang sebagaimn nya hal aku yg tak selesai sewaktu di UMS (Univ. Malaysia Sbh). Setlh aku lihat semua ni, aku mula sdr mengapa kita Melayu tidak p'nah ke depan. Tp, itu satu topik lain utk dibincgkn...
Tak mengapalh, hanya tggal 3 mggu lagi utk aku meneruskn p'jlnan beranjau ni. Semoga aku selamat sampai ke destinasi...
Pada malam semalam saya sempat melihat sebuah pementasan teater bangsawan yang dibawakan oleh Kumpulan Bangsawan Seri Mahkota Alam, Johor Bahru. Semalam merupakan hr yang kedua dan akan berakhir pada hr ni. Pementasan berlangsung di Panggung Bandaraya berhadapan dengan Dataran Merdeka.
Bangsawan Delima Mustika Sakti mengisahkan tentang Seri, seorang gadis yang dipelihara oleh keluarga Sang Pendeta Buana sejak kecil. Apabila dewasa, Seri menjadi pilihan hati Raja Jauhar Nilam Shah untuk dijadikan permaisurinya. Walau bagaimanapun, Seri telah disumpah oleh Sang Pendeta Wara yang menyalahgunakan ilmu kebatinan yang dimilikinya sehingga Raja Jauhar Nilam Shah tidak dapat mengenali wajah isterinya sendiri. Hanya cincin mohor daulat kerajaan negeri pemberian Raja Jauhar Nilam Shah kepada Seri yang dapat menghapuskan sumpahan tersebut.
Sedikit komentar : - Saya amat suka pada lakonan pemegang watak Seri (Natasha Mohd Yazir). Cukup menghayati watak. Dia berjaya menyampaikan perasaannya kepada penonton. Syabas!! - Pemegang watak Sang Pendeta Wara (Zamri Pangat) juga menunjukkan lakonan yang amat berkesan pada saya sebagai watak antagonis. - Kelemahan jelas terpancar kepada pemegang watak Raja Jauhar Nilam Shah (Mohd Fazry A.Rahman). Ada sesuatu yang kurang dari aspek lontaran perasaannya. - Secara keseluruhan, teater ini cukup menarik untuk ditonton.
Jadi, bagi mereka yang berkesempatan untuk melihat sendiri teater bangsawan Delima Mustika Sakti, saksikan pada jam 8.30 malam ini di Panggung Bandaraya berhadapan dengan Dataran Merdeka. MASUK PERCUMA... Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan, jangan susah hati. Sebuah lagi pementasan teater bangsawan yang bertajuk Panglima Indera Kayangan akan diadakan pada 12-14 Jun nanti ditempat yang sama.
Guru (Pensyarah, Ustaz, Cikgu dan yang sama waktu dengannya) sebagaimana diketahui umum merupakan gelaran kepada manusia yang menurunkan ilmunya kepada manusia lain sama ada secara teori atau praktikal. Tetapi, cuba kita lihat pada masa kini. Pada pandangan anda, apakah guru itu hanya semata merupakan satu kerjaya atau kerana tebalnya semangat cintakan bangsa??
Persoalan yang sering bermain di minda saya apabila mendengarkan ada di antara manusia yang berkata, "Ala, kalau tak dapat kerja pun aku apply je guru." Agak terkilan apabila mendengarkan pada masa kini jawatan sebagai guru itu seolah menjadi pilihan terakhir dalam mencari pekerjaan. Malahan, secara tidak langsung mencerminkan bagaimana minda masyarakat kita sekarang yang memandang guru itu cukup rendah tarafnya.
Saya sendiri merasa bahawa ada SEGELINTIR guru yang menjalankan tugas sambil lewa iaitu sekadar memberikan ilmu semata tanpa cuba membantu pelajar yang memerlukan bantuan. Sebaliknya, jika ada pelajar yang lemah daya pemikirannya, segelintir guru pasti akan membenci pelajar berkenaan.
Pada saya, seorang guru yang berjiwa besar bukan sahaja membantu pelajar membangunkan diri ke arah kecemerlangan, malahan berusaha membentuk akhlak, minda, jiwa dan segala aspek lagi. Kita tidak seharusnya menyalahkan ibubapa sekira anak mereka berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya. Guru juga perlu bertanggungjawab ke atas pelajar yang di didiknya. Saya memerhatikan adik saya sendiri, masih sekolah rendah. Dia lebih mempercayai kata-kata guru berbanding dengan kata ayah atau mak atau saya sendiri sebagai abangnya. Di sini kita dapat melihat betapa besarnya pengaruh guru itu pada diri seseorang pelajar.
Apa yang penting, guru kena mengenepikan soal gaji dan tanamkan sifat cintakan bangsa, agama dan negara. Semai kecintaan untuk menabur jasa dengan ilmu yang ada. Kemudian, sedar dengan diri, sedar teman, sedar ruang dan yang penting sedar Pencipta. InsyaAllah, impian untuk melihat Malaysia maju di masa akan datang pasti tercapai.
Selamat Menyambut Hari Guru Teruskan Bakti Anda, Kerana Pada Anda Letaknya Masa Depan Negara, Agama Dan Bangsa Terima Kasih, Guru...
Senario politik Malaysia kini terutamanya di Perak semakin meruncing. Gaduh sana, gaduh sini. Perlukah semua ini berlaku?
Apa yang saya kesalkan, ada yang lantang bersuara namun hanya berani di laman internet. Berani mencari gaduh dengan manusia lain yang diharapkan akan tersinggung dan tersentuh dengan isu yang cuba dibangkitkan. Malahan, ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya disebut. Tegas saya katakan, ADAKAH INI RESAM ADAT MELAYU??!! Anda fikirkan sendiri, pada ketika kita menyedari ketuanan Melayu itu mula digugah tetapi mereka yang masih lena diulit mimpi terus menunding jari mencari kesalahan orang lain.Wahai Melayu, janganlah kamu semua leka dan alpa dengan isu yang boleh membawa kepada kemusnahan kaum sendiri. Sedar bahawa ada masalah yang lebih besar dan perlu diberikan perhatian segera. Janganlah kita sesama Melayu saling salah menyalah, tuduh menuduh, tuding menuding kononnya untuk mencari kebenaran dan membangkitkan kesalahan orang lain. Sebagai manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kesedaran itu perlu ada pada diri kita semua. Tegur itu tidak ada salahnya, tetapi biarlah penuh hormatnya. Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud; Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”
Sebagai insan yang menjadi hamba kepada Maha Esa di muka bumi ini, makanya kita perlu mempunyai kesedaran di dalam diri. Kita perlu sedar akan teman, sedar akan keadaan, sedar ruang, dan yang paling utamanya adalah sedar akan Pencipta. Saya juga mengingatkan diri saya sebagai seorang manusia yang lemah terhadap apa yang saya nukilkan. Wallahua'lam...
(Sajak ni aku buat untuk sahabat2 UMS, tapi hilang akal nak buat ending sajak ni, mungkin sebab ada "sesuatu" yang... Tak tahulah macam mana nak cakap. Maybe there's something that i'm not finish yet. Aku tak rasa aku patut tinggalkan UMS selagi ada "sesuatu" yang masih belum selesai. Only Allah knows)
What else to say What else to think And even where else to go
Please I tried to life my live But when i try There's someone hate me so much Am i an enemy to you Am i a devil to you
I know i'm not an Angel Far from perfect I'm just try to seek the joy in my life Forgive me if i'm doing wrong Cause i'm only human Who might knows Tomorrow i will not be there with you...
Buat Sahabat-sahabat Teater Tahun Tiga (Opi, Mizi, As, Shima, Sopeng & Sha), Buat Pie & Poh Sian Liam, Krew Produksi The Red Eyes Team (Dekon Kesumat), Tahun 1 & 2 SPS (Mana yang aku kenal & mengenali aku serta rapat dengan aku). Maaf Dipinta, Tulus Dari Hati. Terima Kasih Semua, Entah Bila Lagi Akan Berjumpa.... And This Is For U Guys
Lupakah kau sahabat Sewaktu kita bersama dulu Teguh berdiri bersama seiringan Jatuh sakit sama merasa Bangun kembali menapak
Lupakah kau sahabat Kukuhnya ikatan kita bina Biarpun dulunya goyah hampir rebah Kita rangkak semula hingga ke puncak
Lupakah kau sahabat Ada ketika kita sengketa Hanya kerna zarah masalahnya Tapi tetap kita simpulkan kembali Ikatan yang putus Agar nilai sahabat tidak kan cela
Ikhlas dari hati Kau semua bukan lagi sahabat ku Tapi kau saudaraku Teman dikala sepi Penyuluh dikala gelita Biarpun kemudian nanti Kau dan aku akan terasing Kembali meninggalkan aku sendiri dalam kelam...
PRODUKSI FLAGE yang membawa teks “Nasib” karya dan arahan Toh Soo Peng (dua dari kiri) menjadi johan pada penganjuran Festival Dekon UMS 2009 bergambar bersama Dekan Sekolah Pengajian Seni, Prof. Hj. Inon Shaharudin Abd Rahman (empat dari kiri) bersama Pengarah Festival Dekon UMS 2009 (Datu Ahmad Tharmizi Datu Ujad)
KOTA KINABALU : Pada 15 April 2009 yang lepas, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan Festival Dekon UMS 2009. Festival tersebut telah berlangsung di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni. Festival Dekon ini diadakan bertujuan untuk menghidupkan kembali pementasan dekon yang telah terhenti sejak penganjuran Festival Dekon MAKUM pada tahun 2001 yang juga dianjurkan oleh UMS. Selain itu, penganjuran Dekon pada peringkat UMS ini diadakan adalah bagi memilih teks dekon yang terbaik untuk mewakili UMS ke Festival Dekon MAKUM yang akan diadakan pada bulan Mei depan.
Sebanyak 7 produksi telah menaruhkan karya dekon yang ditulis oleh pengarah sendiri. Antaranya “Akhir Pencarian Ini” (karya dan arahan Hasimah Abdullah), “Hidupku” (karya dan arahan Siti Engsyah Ahmad), “Ayah” (karya dan arahan Datu Ahmad Tharmizi Datu Ujad), “Sarah” (karya dan arahan Aspariah Asad), “Kesumat” (karya dan arahan Mohd Anuar Hashim Shah) dan “Angkara” (karya dan arahan Mohd Soffi Mislin). Setaip karya dekon yang telah dipersembahkan mempunyai kekuatan yang tersendiri disamping mesej yang cuba disampaikan kepada para penonton.
“Akhir Pencarian Ini” mengisahkan tentang seorang anak yang bernama Imran yang terlalu ingin berjumpa dengan ibunya semula. Namun tanpa disengajakan, Disebabkan terdesak untuk mencari ibunya, Imran telah meragut seorang wanita untuk mendapatkan wang. Tanpa diketahui, wanita yang diragutnya itu adalah ibu kandung Imran yang kemudiannya telah meninggal dunia akibat kejadian ragut tersebut.
“Hidupku” mengisahkan tentang perjalanan cinta Aiman yang penuh dengan halangan yang diterima daripada abang Syafika iaitu Zulfikar, Aiman sanggup melepaskan kekasihnya itu. Namun, Syafika tetap teguh dengan cintanya lalu melarikan diri untuk bersama dengan Aiman. Tetapi, Syafika kemudiannya telah ditimpa kemalangan lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Ayah” mengisahkan tentang hidup seorang anak iaitu Wahid yang menyimpan rasa dendam kepada ayahnya sendiri. Wahid menganggap ayahnya terlalu kejam dengan menuduh maknya berlaku curang dengan perempuan lain. Demi kasih dan sayangnya terhadap mak yang tercinta, Wahid telah membunuh ayahnya yang disangka dapat membahagiakan maknya.
“Sarah” mengisahkan tentang seorang gadis yang cuba menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keluarganya. Namun tanpa disedarinya, Sarah juga sepatutnya berubah terlebih dahulu sebelum dia ingin mengubah kehidupan saudaranya yang lain.
“Kesumat” mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Suria yang merupakan seorang bekas penagih dadah. Namun, rasa cemburu yang tersemai dalam hati sahabat baiknya, Syafika kerana Hakimi yang menaruh perasaan terhadap Suria telah menyebabkan Syafika memfitnah Suria. Fitnah yang disebarkan telah menyebabkan mak Suria meninggal dunia. Peristiwa itu membuatkan rasa kesumat membara dihati Suria lalu membunuh Syafika.
“Nasib” mengisahkan tentang Mat, seorang pesakit mental akibat daripada peristiwa silamnya. Selepas ketiadaan ayah, Mat dan adik telah ditinggalkan oleh maknya di rumah atuk. Dibawah jagaan atuk, adik selalu didera sehinggakan adiknya meninggal dunia. Disebabkan itu, Mat yang dihantui rasa bersalah telah melarikan diri dan tidak lagi pulang ke rumah walaupun maknya meninggal dunia.
“Angkara” mengisahkan tentang Hafifi yang terlalu mengikut perasaan dalam bertindak. Disebabkan kecurangan kekasihnya yang kembali kepada teman lelaki lama dalam tempoh beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka, Hafifi telah bertindak membunuh keduanya.
Festival Dekon UMS 2009 telah berjaya mengangkat beberapa bakat baru dalam bidang lakonan mahupun kepengarahan. Antara anugerah yang disampaikan pada malam itu adalah Dekonis Harapan (dimenangi oleh Azrie, dekonis utama Akhir Pencarian Ini), Anugerah Khas Juri (dimenangi oleh “Angkara” karya dan arahan Mohd Soffi Mislin), Pengarah Harapan (dimenangi oleh Toh Soo Peng), Skrip Terbaik (dimenangi oleh Kesumat karya Mohd Anuar Hashim Shah), Tempat Ketiga (dimenangi oleh Akhir Pencarian Ini karya dan arahan Hasimah Abdullah), Naib Johan (dimenangi oleh Kesumat arahan dan karya Mohd Anuar Hashim Shah) dan Johan (dimenangi oleh Nasib karya dan arahan Toh Soo Peng).
Kesenian dekon ini sebenarnya telah lama wujud namun usaha untuk membangunkannya secara meluas masih lagi kurang. Secara kasarnya, dekon ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu Deklamasi dan Lakon. Persembahan dekon ini telah dimulakan oleh Sasterawan Negara iaitu Dato’ A.Samad Said. Pada awalnya, dekon ini dipersembahkan oleh Dato’ A.Samad Said untuk memberikan kefahaman kepada pelajar sekolah mengenai novel beliau yang bertajuk Daerah Zeni. Menurut Dato’ A.Samad Said dalam buku Lazri Meon, “...saya fikirkan jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab melalui dekon. Dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui dekalmasi dan lakon....”
Universiti Malaysia Sabah khususnya Sekolah Pengajian Seni kemudiannya telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan lagi penganjuran dekon ini di peringkat MAKUM IPTA yang telah dimulakan pada tahun 2001. Namun, penganjuran tersebut kemudiannya telah terhenti sehinggalah pada tahun ini persembahan dekon kembali dihidupkan dengan penganjuran Festival Dekon peringkat UMS. Terdapat beberapa ciri dekon yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian untuk dipertandingkan di peringkat MAKUM nanti. Antara yang utama adalah kesederhanaan dari aspek jumlah pelakon, masa pementasan, kostum dan cahaya.
Diharapkan dengan kejayaan penganjuran Festival Dekon UMS ini akan dapat menghidupkan kembali pementasan dekon itu sendiri dipersada seni persembahan. Usaha murni yang dilakukan oleh UMS khususnya Sekolah Pengajian Seni ini akan dapat menjadi contoh kepada agensi seni persembahan yang lain dalam memperkembangkan dekon ini yang masih baru dan segar. Ini seiring dengan tema yang digunakan bagi Festival Dekon UMS 2009 iaitu “Ke Arah Memperkasakan Dekon”.
(Artikel ini telah diterbitkan di akhbar Utusan Borneo bertarikh 28 April 2009 dengan tajuk "Festival UMS 2009 perkasakan Dekon")
Siritv NUR oleh Shahrulezad (2018)
-
Salam & Hi..
Pada pendapat saya, salah satu ciri siritv berantaian yang bagus bergantung
kepada jalur cerita yang diceritakan dengan baik dimana penonton...
KAHKAHKAH
-
HOW TO MAKE MY BLOG PRIVATE To change who can see your blog: Sign in to
Blogger. Select the blog to update. In the left menu, click Settings >
Basic > Perm...
BLUR.
-
Enam bulan.Semuanya baik-baik.Hidup baru, banyak benda-benda membahagiakan.
Then..Pernah tak satu detik,ko bangun tidur tetiba rasa blank..Bukan moody?Bukan...
Hello Blog. Babai Facebook!
-
Assalammualaikum,
This blog is coming back to life soon. Aku dah bosan dengan facebook! lepas
ni aku layan perasaan dgn blog aku pulak. Tahniah bro Nazali ...
MALAYSIAN SHORTS: Dec 15 & Dec 16
-
The latest MALAYSIAN SHORTS is back!
About a dozen new short films directed by Malaysians — for the world!
Curated by Diffan Norman & Amir Muhammad.
Scr...
10 Petua Utk Siapkan Novel
-
(tulisan ini ditulis khas untuk kita kongsi bersama, terutama sekali utk
Ummu Anas, peserta bengkel yg membangkitkan persoalan ttg perkara ini
kepada saya ...
Cerita Anjing Serigala 2
-
Di dalam ladang
Ada anjing
Menjaga aman
Pada kandang demokrasi
Serigala menjenguk
Dari pinggir hutan
Menjilat liur yang menitis
Di pinggir bibir
Me...
ULASAN PEMENTASAN 3 WAJAH
-
Alhamdulillah... Pementasan Solo Fauziah Nawi; 3 Wajah berjalan lancar.
Pementasan yang sepatutnya hanya berlangsung dari 30hb Mac hingga 3hb April
2011 di...