Wednesday 25 February 2009

Sedih Bila Dikenang, Hanya Lagu Jadi Penawar...

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

(Courtesy of Nora - Renungan Terakhir)

Monday 23 February 2009

Salah Tafsir Masyarakat Melayu Pada Tradisi Sendiri...

Pernahkah anda semua tertanya-tanya, adakah masyarakat Melayu itu mengenali tradisinya sendiri? Pasti jawapan yang kita perolehi adalah "Ya". Tapi, sejauhmanakah kebenaran itu, cuba kita renung sejenak tentang isu ini.

Meskipun isu ini adalah amat kecil untuk dibincangkan bagi sesetengah pihak, tetapi saya sendiri sebagai masyarakat Melayu menganggap bahawa ini merupakan satu titik permulaan kepada kehancuran tradisi Kemelayuan yang kononnya menjadi tunjang kepada penduduk asal tanah Melayu ini. Seringkali kita mendengar laungan "Takkan hilang Melayu di dunia". Tapi, cuba kita persoalkan pada mereka yang hanya tahu melaung tetapi hanya "mengabihkan boreh yo".

Sebagaimana yang kita tahu, masyarakat Melayu beratus tahun dahulu hidup dengan penuh sopan dan kesusilaan yang harus dijaga. Kemudiannya amalan ini dianjakkan menjadi satu adat. Selain itu, cara pertuturan masyarakat Melayu pada masa itu cukup cantik dengan kiasan dan perlambangan atau metaforanya. Maka, wujudlah pada masa itu kiasan atau peribahasa bagi bertujuan untuk ingat-mangingatkan antara satu sama lain tetapi dilakukan secara halus. Setelah beratus tahun lamanya, tradisi pertuturan yang menggunakan kiasan ini diperturunkan kepada kita, masyarakat moden. Namun, apa yang memalukan adalah aspek pentafsirannya yang agak lemah bagi memahami maksud sebenarnya.

Sebagai contoh, "Biar mati anak, jangan mati adat". Pastinya ramai yang menganggap bahawa ungkapan peribahasa tersebut agak kasar, mungkin salah satu tafsirannya adalah adat itu lebih penting dari anak. Ingin saya tegaskan disini bahawa tafsiran itu adalah SALAH. Tafsiran yang begitu sengkek hanya melihat pada luaran sahaja. Sebaliknya, maksud sebenar peribahasa tersebut adalah "Adat merupakan hukum, jadi hukum perlu dipegang", Hukum atau kata lainnya adalah undang-undang. Sebenarnya, peribahasa ini bermula dengan satu cerita di Sumatera dimana seorang anak Raja ditangkap kerana berzina. Pada ketika itu, hukuman bagi zina adalah bunuh. Namun, pada hari hukuman tersebut dijalankan, sempat Permaisuri Tuanku Raja berbisik supaya mengampunkan anak mereka. Tuanku Raja menjawab, "Biar mati anak, asal jangan mati adat".

Selain itu, salah tafsiran terhadap perkataan dalam peribahasa turut berlaku. Contohnya, "Bagai melepaskan BATUK di tangga". Adakah peribahasa ini benar menepati maksud yang ingin disampaikan. Jawapannya tidak. Ini kerana kesalahan ejaan atau mungkin tafsiran pihak tertentu. Peribahasa yang sebetulnya adalah "Bagai melepaskan BATOK di tangga". Batok bermaksud tempurung yang digunakan sebagai "pencedok" air dari tempayan dan diletakkan di tangga luar bagi membasuh kaki.

Terdapat juga pencabulan bahasa yang dilakukan oleh masyarakat Melayu sendiri secara sedar atau tidak. Sebagai contoh, peribahasa asalnya ialah "Biar lambat asal selamat", tetapi masyarakat kita sekarang mengubahnya kepada "Biar cepat asalkan selamat". Ini secara langsung kita sendiri telah mencabul hak asasi tradisi yang kita warisi. Sedangkan apabila Sultan Melayu ditentang, masyarakat kita bangkit. Kenapa terjadinya sebegini?

Sahabat-sahabat, sesungguhnya kita sebagai Masyarakat Melayu harus sedar bahawa tradisi amat penting untuk kita fahami. Jangan hanya pandai menyebut tentangnya, tetapi isinya kita langsung tidak tahu. Semoga kita dapat sama-sama belajar daripada ulasan saya ini dan ambil iktibar.

Ingat, kita perlu sedar diri, sedar ruang, sedar teman dan pelbagai lagi kesedaran agar kehidupan kita tidak leka. Wallahhua'lam...


P/S ; Pie, pasal teori ZAL tu mungkin lambat sikit aku post sebab aku belum cukup maklumat lagi. Takut salah tafsir pulak hehehe...

Thursday 19 February 2009

Tanpa Tajuk (Boleh Ke Tu hahaha)...

Sejernih air dikali
Sesuci titisan embun
Biar hanya jernih
Biar hanya suci
Masih jua ditanggap serong

Tapi kenapa diberi jernih lagi suci
Jika ianya sekadar satu umpama
Atau... Sudut antara kau dan aku berbeda
Barangkali kerna
Talam menutup rupa
Paras menjadi pancaran
Kata sekadar mainan

Tiba-tiba je hati ni berkobar-kobar nak karang sajak. Sekadar untuk renungan bersama. Aku nukil masa kuliah Pengarahan 2, kelas Dr.Zainal Latiff (seorang aktivis teater Malaysia yang satu-satunya menggunakan pencak silat sebagai latihan olah tubuh, malah memperkenalkan teori teater beliau sendiri iaitu Teori ZAL)

Sunday 15 February 2009

Layakkah Seorang Pemimpin Berang Apabila Tanggungjawab Dipersoalkan...?

Sekiranya ada di antara anda merupakan seorang pemimpin tidak kiralah dalam sesebuah organisasi yang kecil atau besar, cuba tanya pada diri sendiri. Adakah anda layak untuk memegang jawatan itu?

Cuba kita tinjau masalah yang seringkali menampakkan kelemahan seseorang itu apabila menjadi pemimpin. Sebelum dilantik, pelbagai macam cara untuk menarik perhatian para pengundi atau penyokong melalui manifesto mereka. Apabila diajukan soalan berkenaan persediaan untuk memimpin, pastinya jawapan itu disambut dengan kata-kata "Ya, saya yakin saya akan dapat membawa perubahan". Tapi malangnya, api semangat itu hanyalah sementara. Boleh diandaikan seperti hangat-hangat tahi ayam. Lepas mendapat mandat dari penyokong atau pengundi, segalanya hilang. Manifesto entah ke mana, janji manis entah ke mana. Malahan, disuruhnya pula bersabar. Tapi sampai bilalah kan, esok lusa belum tentu ada untuk kita. Betul tak? Seharusnya, segala perkara yang menjadi manifestonya patut difikirkan sebelum mandat kepimpinan diberikan kepadanya, dan bukan selepas mendapat mandat.

Pada ketika inilah, apabila diajukan persoalan berkenaan sesuatu isu yang membingungkan atau rungutan tentang manifesto yang belum terlaksana, pastinya pemimpin tersebut akan melenting dengan jawapan yang berbaur sedikit emosi terhadap penyokong atau pengundi yang pernah dirayunya dulu agar memilih beliau sebagai pemimpin. Adakah ini sesuatu yang adil buat penyokong atau pengundi yang mungkin merupakan seorang rakan, sebangsa atau senegara dengannya?

Marilah sama-sama kita renungkan perkara ini. Bagi pemimpin yang beragama Islam, kita ada Baginda Rasulullah S.A.W. yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam aspek kepimpinan. Sesungguhnya, Baginda merupakan pemimpin yang cukup sifat kepimpinannya. tanpa mengira kaum atau agama umat yang dipimpinnya Atau contoh pemimpin Islam lain seperti Saidina Umar R.A yang sangat mementingkan umat yang dipimpinnya daripada dirinya sendiri.

Kita harus sedar diri, sedar teman, sedar ruang, sedar gerak dan macam-macam lagi kesedaran agar kehidupan anda sentiasa dalam kesedaran dan bukannya penuh dengan kelekaan.

Bagi menjawab persoalan "Layakkah Seorang Pemimpin Berang Apabila Tanggungjawab Dipersoalkan...?", rasanya lebih molek kita tepuk dada, tanya selera masing-masing. Wallahua'lam...

Friday 13 February 2009

Are you a true, maybe or not Malaysian hehehe (Saje2 je)

When was the last time you paid for a Malaysian movie
Or a music CD or if ever maybe
Was it a pirated copy or illegal MP3
Cause the cinemas all look empty to me
Is it because everyones too busy
Fighting and voting on reality TV shows
Whos better, Mawi or Jackie
And in awards shows, will anyone ever beat Miss Siti?
Who cares if shes got something going on
With all these Datuks cause its a big yawn
A love saga or some courtroom drama
Yo, dont be kaypo MYOB Joe

Haiya, why you want to fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah

How to go far when we fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah

Now pay attention sit down and listen
So why cant we be obedient when no ones watching us 24/7
Passing red lights in the middle of the night
Whats right is wrong, on the roads we become demons
Honks and fingers, abuses and sisters
That you force to stand and book your spot at the parking lot
Unless if youre an AP king driving Ferraris
Hustlers will scratch your doors and nail your tyres
So which team do you support here?
Melaka, Pahang, Selangor or Johor?
Cause at the mamak stalls they watch the EPL scores
Maybe thats why its hard for our national team to beat Singapore

Just think about it..just give it a chance coz we need it
Theres no one else in the world who cares if we dont care at all
Just go on and on..and move on
Now everybody cmon, Say La-la-la..

Haiya, why you want to fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah

How to go far when we fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah

Hey brutha..hey sista!

Too many wannabes in our Hip Hop community
Talking crap bout the ghetto, G thang and the rivalry
Talk the way you normally talk lah
Youre from KL, not an American rap star
Whats wrong with the honies wearing minis
Whether in the clubs or malls or streets in the cities
We make a big deal about the little things in life
On the differences rather than the similarities alike
Just chill, be cool with each other
After all theres no one out there gonna do us this favour
Stop the slacking, dissin, slammin and moanin
Cause were brothers and sisters, now everybody sing

Haiya, why you want to fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah

How to go far when we fight-fight
Make noise some more
Make the blood go up
Cmon lah, we Malaysian what?!!
Cmon lah, together-gether mah


Courtesy of KRU (C'mon Lah)

Thursday 12 February 2009

Buat Ibu...

Bukan kasih yang dipinta
Cukup sekadar perhatian untuknya
Bukan simpati dia inginkan
Cukup sekadar menerima seadanya
Bukan inginkan pujian ketabahannya
Cukup sekadar sedar akannya.

Besar jasamu, perit jerih mu
Tak pernah sekali diminta balas
Cukup sekadar ikhlas terhadapnya

Biar titisan linangan ini menjadi saksi
Biarpun tak nampak dek mata
Setiap ketikanya aku menangis sejenak terkenangkan nasib mu
Biarpun sedunya sekadar sepi cuma... Ibu

Buat mak aku yang ada kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan pada semua mak2 sahabat sekalian.

Tuesday 10 February 2009

Pemimpin Islam yang Berwibawa, Rendah Diri, Menghormati Hak Rakyat... Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad محمود احمدی نژاد


Beliau merupakan Presiden Iran yang keenam. Dilahirkan pada 28 Oktober 1956. Ahmadinejad dilantik sebagai Presiden pada tanggal 6 Ogos 2005. Beliau pernah menjadi Gabenor di Wilayah Ardabil pada tahun 1993-1997 dan Datuk Bandar Tehran pada tahun 2004. Beliau berpegang kuat kepada prinsip yang pernah dibawa pemimpin agung dan pencetus Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 iaitu Ayatullah Imam Khomeini.

Kehebatan yang ada pada pemimpin ini terletak pada cara hidupnya yang cukup "cantik". Beliau pernah didekati oleh wartawan daripada Amerika Syarikat (Fox News TV). Mereka bertanya kepada beliau, "Apabila anda melihat cermin pada setiap pagi, apakah persoalan yang anda lontarkan pada diri anda". Beliau menjawab, "Saya mengingatkan diri saya bahawa saya ini hanyalah seorang hamba, yang sedang memikul satu tanggungjawab besar untuk berkhidmat demi rakyat Iran". Ini antara bukti betapa hebatnya beliau ;

Pada hari pertama Ahmadinejad menjejakkan kaki ke pejabat presidennya, beliau telah mendermakan permaidani mahal yang ada di pejabat itu bagi menggantikan permaidani lama di Masjid-masjid sekitar Tehran. Beliau juga turut meminta agar bilik menyambut tetamu tidak terlalu elegen sebaliknya dihias secara biasa, tidak mewah. Tidak cukup dengan itu, Ahmadinejad pernah bersama-sama "cleaner" kawasan kediamannya dan pejabat presiden bagi kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.

Ahmadinejad pernah mengisytiharkan harta beliau, dimana beliau hanya memiliki sebuah kereta Peugeot 504 model 1977, sebuah rumah kecil yang diamanahkan oleh arwah ayahnya lebih 40 tahun yang lalu (malahan rumah tersebut terletak di sebuah kawasan yang cukup terkenal dengan kadar kemiskinan), serta di dalam akaun beliau tidak terdapat sebarang baki pun malahan gaji yang dikreditkan ke dalam akaunnya datang daripada gajinya sebagai pensyarah sebanyak US$250 sahaja. Hanya ini sahaja harta beliau sehinggalah kini. Beliau juga telah menghentikan segala pesanan makanan ke pejabatnya, sebaliknya beliau sendiri membawa bekalan makanan dari rumah yang disediakan oleh isteri beliau.

Sekiranya beliau ingin ke luar negara, beliau tidak menggunakan kapal terbang khas untuk presiden, tetapi hanya menggunakan pernebangan biasa dan lebih ironinya kelas tiketnya hanyalah ekonomi sahaja. Ahmadinejad berpendapat bahawa cara ini lebih menjimatkan dan dapat mengurangkan penggunaan duit rakyat. Ahmadinejad juga membenarkan sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengan beliau tanpa halangan atau membuat temujanji terlebih dahulu. Malahan, beliau membatalkan acara sambutan ketika beliau melawat mana-mana kawasan di Iran. Sekiranya beliau terpaksa bermalam di hotel atas urusan kerja, beliau akan meminta agar hotel tersebut tidak menyediakan beliau katil yang besar kerana beliau tidak suka tidur diatasnya tetapi lebih selesa tidur di atas lantai beralaskan cadar (kain).





Ketika bersembahyang pula, beliau tidak akan duduk di barisan yang paling depan sekali malahan lebih selesa bersama-sama rakyatnya di barisan belakang.

Mengapa tidak kita mempunyai pemimpin yang sehebat beliau? Seorang yang tidak pernah tunduk kepada fahaman Barat? Dan jika anda perasan, dia tidak pernah memakain tali leher (kononnya formallah tu kalau pakai tali leher), sebaliknya beliau lebih sederhana (simple).

Renung-renungkanlah....


Monday 9 February 2009

Aku Layak Dibenci...

Awan itu datang lagi,
Kali ini cukup menebal,
Jika dulu jatuhnya bagaikan titisan renyai,
tapi mungkin kali ini agak kasar,
Rasanya...elok sahajalah aku berteduh dahulu,
Aku tidak takut akan basahnya,
Aku cuma takut akan "sakitnya" nanti...
Dan mungkin kerna itu, aku layak dibenci...

Aku nukil sajak ni sebab aku rasa jiwa aku sangat2 kacau bilau sekarang ni. Mungkin tak sebaik sajak nukilan Usman Awang atau T. Alias Taib, tapi sekadar cukup untuk aku selitkan maknanya pada mereka yang ingin mengerti. Walau apapun, aku serahkan pada Nya...

Wednesday 4 February 2009

Coretan...

Masyarakat kita sekarang pastinya melihatkan kekuatan itu berdasarkan kepada kuantiti. Tetapi, adakah kenyataan itu benar? Pada aku, dari satu sudut pandangan memang ada benarnya kenyataan itu. Kekuatan itu berdasarkan kepada situasi sebenarnya, jika sesuatu kumpulan itu berada pada situasi yang betul pastinya kuantiti itu menjadi suatu kekuatan yang amat jitu. Misalannya, pada ketika undian bagi menduduki sesuatu jawatan atau merebut kuasa, kuantiti pengundi itu amatlah menjadi penentu kepada segalanya. Namun, ada juga sebaliknya dimana kualiti itu lebih diperlukan berbanding dengan kuantiti.

Tetapi jika kita berada pada mana2 situasi pun, jika tidak ada sebarang kesatuan makanya matlamat yang ingin dicapai itu pasti tidak akan kesampaian. Kualiti atau kuantiti tanpa kesatuan, agak sukar untuk mencapai matlamat akhirnya. Apakah yang sebenarnya perlu dibuat untuk menuju ke matlamat itu? Aku berfikir bahawa kesatuan itu dibina atas dasar hormat menghormati atau lebih senang aku menggunakan perkataan Inggerisnya iaitu "RESPECT". Cuba kita tinjau apakah itu makna sebenarnya hormat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hormat didefinisikan sebagai;

"Mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, takzim, khidmat"

Bagi aku, rasa hormat tu penting untuk mewujudkan kesatuan. Biarpun kita mempunyai kualiti, jika rasa hormat itu hilang, makanya secara perlahan kualiti itu juga akan hilang tanpa kita sedari.

Kesatuan boleh wujud sekiranya kita sesama manusia memahami hati, sikap, emosi dan kehendak seseorang. Jika ini dapat ditimbulkan, makanya secara bawah sedar kita akan melihat satu pembinaan ikatan ukhuwah yang sangat utuh. Jika diteliti akan hal ini, kefahaman seseorang terhadap manusia lain boleh menimbulkan rasa senang dan mengerti antara satu dengan lain. Sekiranya hal ini wujud pada setiap manusia, atau sekurang-kurang pada sesebuah kumpulan, InsyaAllah akan timbul rasa hormat pada hati masing-masing.

Namun, bukan mudah untuk mencapai tahap itu. Seseorang itu haruslah boleh membuang rasa ego, dengki, riak atau yang seumpama dengannya. Tetapi, itu juga sukar untuk dilakukan kerana sudah menjadi lumrah hidup manusia yang dijadikan dengan pemikiran dan nafsu yang berbeza.

Itu pandangan akulah, mungkin agak kabur untuk difahami atau susunan ayat aku tunggang langgang. Mungkin sebab dah mengantuk kot hehehe... Renung-renungkanlah, mana yang baik kita simpan dan kita kongsikan bersama. Sebarang yang buruk janganlah kita perkatakan, buang jauh-jauh dari hati sebelum hati kita diselubungi kehitamannya... YA-HA!!!!

Filem Wayang...

Korang mesti tahu tentang filem wayangkan? Tak banyak, sikit tu mesti ada. Tapi, pada mereka yang langsung tak tahu pasal filem Wayang ni, aku rasa korang patutnya tahu pasal filem ni. Sebab, pada aku inilah karya filem berbentuk ilmiah yang serasanya paling menarik pernah aku tengok.

Sedikit sinopsis pasal filem ni... Wayang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang Tok Dalang wayang kulit di Kelantan. Pak Awang (Eman Manan) merupakan seorang yang cukup berkomitmen terhadap seni warisan wayang kulit. Namun, dia sedikit kecewa apabila anak kandungnya sendiri. Kemudiannya, Pak Awang telah mengambil dua orang anak angkat iaitu Awi (Zul Huzaimy) dan Melor (Mas Muharni). Kedua-dua mereka berminat terhadap permainan wayang kulit. Pak Awang yang melihatkan minat mendalam anak angkatnya itu terhadap permainan kulit telah berbesar hati mengajar mereka bermain wayang kulit. Namun, Pak Awang terpaksa menempuh cabaran dalam mengajar mereka kerana kedua-duanya mempunyai kekurangan (Awi seorang yang buta, manakala Melor pula seorang yang sengau dalam bercakap). Cukuplah setakat itu sinopsisnya. Kalau korang nak tahu selanjutnya, baik korang beli DVD filem ni. Aku jamin, korang takkan rugi.

Poster File Wayang

Menariknya filem ni, aku lihat terlalu banyak malah sarat dengan nilai masyarakat serta paparan budayanya. Bukan setakat tu saja. Sebagai orang yang menceburi bidang teater, aku melihat jalan cerita filem ini cukup menarik. Tanpa disedari, sebenarnya skrip ini mempunyai pecahan adegan kecil yang cukup menarik garapannya. Sebagai misalannya, pada permulaan filem ini memaparkan bagaimana cabaran Pak Awang dalam mengasuh Awi dan Melor yang serba kekurangan itu bermain wayang kulit, adegan kedua pulak paparkan antara Pak Awang dan Awi dimana Awi cuba membawa pembaharuan dalam permainan wayang kulit., dan banyak lagilah. Dalam adegan2 yang seterusnya, setiapnya mempunyai permulaan, konflik dan diakhiri dengan "Boom" yang boleh mencengkam emosi dan menangkap ("Hook") penonton supaya menontonnya, malah akan membuat penonton tertanya-tanya dengan apakah yang akan berlaku seterusnya.

Filem Wayang ni bukan saja setakat kuat dari segi ceritanya, malahan pelakon yang membintanginya juga turut hebat-hebat belaka. Lakonan mantap abang Eman Manan (idola aku tu hehehe) yang cukup menghayati watak yang dipegangnya. Bak kata En.Mansur, aktivis teater Sabah yang juga guru aku, cukup rempah dan cukup cantik hiasannya. Bukan setakat lakonan abang Eman, watak Zul Huzaimy (aku minat sangat tengok dia berlakon) juga mempunyai permainan watak yang tersendiri. Aku tak nampak Zul yang berlakon dalam filem ini, tapi aku nampak seorang buta yang bernama Awi. Mungkin, inilah bakatnya Zul Huzaimy yang sebenar kerana selama ini hanya diberikan watak yang antagonis macam dalam Anak Halal. Lakonan Mas Muharni (Melor) juga cukup perasa dan rempahnya. Walaupun dia seorang bakat baru, namun dia telah membuktikan bahawa dia juga sama hebatnya dalam memainkan wataknya disamping pelakon lain yang cukup hebat. Pelakon-pelakon lain macam Ida Nerina dan Mazlan Tahir pada aku memang tak dapat disangkal lagi. Mereka sebagaimana lakonan sebelum ini, memang cukup hebat.

Dalam filem ni, watak protagonis yang dipegang oleh Anuar Idris (Jusoh) cukup mantap. Dari awal filem ni sampai habis, biarpun dia dah insaf tapi aku masih tak suka dengan wataknya (bukan orang sebenarnya ya, tapi watak dia dalam filem ni hehehe). Bukan setakat jahat, tapi gunakan agama lagi. Gerammmmnya!!!!

Pada sahabat-sahabat, filem ini memang menarik, mencukupi segalanya bagi aku. Aku cadangkan, korang tengoklah filem ni dan nilai sendiri. Filem arahan Dr. Hatta Azad Khan ni aku lihat berjaya meragut emosi aku, malah aku rasa tak jemu tengok filem ni dua kali (setakat nilah, lagipun aku baru je beli DVD nya. Ori ok, cetak rompak tak main).

Two thumbs up untuk filem Wayang YA-HA!!!!!

Monday 2 February 2009

The Red Eyes Malaysia

Asslm & slmt pd semua sahabat...

Sengaja aku create blog ni untuk kongsi2 cite, pendapat atau apa yang yang berkaitan dengan korang sume. Maybe kita bleh tukar2 idea dalam satu2 isu. Sebagai seorang manusia, stpnya pasti berbeza dari segi naluri, akal dan pemikiran walaupun kita dianugerahkan dengan deria yang sm.
Kenapa aku pilih nama "Red Eyes"? Bg aku, Red Eyes ni boleh dikatakn mrk yg suka melihat sesuatu itu dgn pandangan yg berbeza, mungkin dr perspektif atau pemikiran yg berbeza. Aku suka dgn pandangan yg mcm tu, especially yg berbaur haluan kiri. Haluan kiri? Aku tak maksudkan nk kutuk mn2 kumpuln politik, tp aku lbh suka ulas psl isu2 di luar kitarn politik. Lgpun, kalau kita lantang bersuara psl politik pun xde gunanya. Kna tangkap adlh nnti hahaha... Bg aku, sume tu buang ms nk dibicarakn dlm blog atau mn2 wadah media yg sm waktu dgnnya. Mcm kata seorg aktivis atau tokoh teater Malaysi ni yg jg guru aku, "Sapelh yg nk dgr pendpt kita ni. Lgpun, kita ni bknnya org yg terkenal. Pendek kata bkn sape2 lh"...Aku setuju!!!
Aku hrp lps ni kita dpt bertkr2 pandangn sm ada yg negatif (paling aku suka tu) atau yg positif..

Lastly, smile always and always look into ur red eyes...