Wednesday 4 February 2009

Filem Wayang...

Korang mesti tahu tentang filem wayangkan? Tak banyak, sikit tu mesti ada. Tapi, pada mereka yang langsung tak tahu pasal filem Wayang ni, aku rasa korang patutnya tahu pasal filem ni. Sebab, pada aku inilah karya filem berbentuk ilmiah yang serasanya paling menarik pernah aku tengok.

Sedikit sinopsis pasal filem ni... Wayang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang Tok Dalang wayang kulit di Kelantan. Pak Awang (Eman Manan) merupakan seorang yang cukup berkomitmen terhadap seni warisan wayang kulit. Namun, dia sedikit kecewa apabila anak kandungnya sendiri. Kemudiannya, Pak Awang telah mengambil dua orang anak angkat iaitu Awi (Zul Huzaimy) dan Melor (Mas Muharni). Kedua-dua mereka berminat terhadap permainan wayang kulit. Pak Awang yang melihatkan minat mendalam anak angkatnya itu terhadap permainan kulit telah berbesar hati mengajar mereka bermain wayang kulit. Namun, Pak Awang terpaksa menempuh cabaran dalam mengajar mereka kerana kedua-duanya mempunyai kekurangan (Awi seorang yang buta, manakala Melor pula seorang yang sengau dalam bercakap). Cukuplah setakat itu sinopsisnya. Kalau korang nak tahu selanjutnya, baik korang beli DVD filem ni. Aku jamin, korang takkan rugi.

Poster File Wayang

Menariknya filem ni, aku lihat terlalu banyak malah sarat dengan nilai masyarakat serta paparan budayanya. Bukan setakat tu saja. Sebagai orang yang menceburi bidang teater, aku melihat jalan cerita filem ini cukup menarik. Tanpa disedari, sebenarnya skrip ini mempunyai pecahan adegan kecil yang cukup menarik garapannya. Sebagai misalannya, pada permulaan filem ini memaparkan bagaimana cabaran Pak Awang dalam mengasuh Awi dan Melor yang serba kekurangan itu bermain wayang kulit, adegan kedua pulak paparkan antara Pak Awang dan Awi dimana Awi cuba membawa pembaharuan dalam permainan wayang kulit., dan banyak lagilah. Dalam adegan2 yang seterusnya, setiapnya mempunyai permulaan, konflik dan diakhiri dengan "Boom" yang boleh mencengkam emosi dan menangkap ("Hook") penonton supaya menontonnya, malah akan membuat penonton tertanya-tanya dengan apakah yang akan berlaku seterusnya.

Filem Wayang ni bukan saja setakat kuat dari segi ceritanya, malahan pelakon yang membintanginya juga turut hebat-hebat belaka. Lakonan mantap abang Eman Manan (idola aku tu hehehe) yang cukup menghayati watak yang dipegangnya. Bak kata En.Mansur, aktivis teater Sabah yang juga guru aku, cukup rempah dan cukup cantik hiasannya. Bukan setakat lakonan abang Eman, watak Zul Huzaimy (aku minat sangat tengok dia berlakon) juga mempunyai permainan watak yang tersendiri. Aku tak nampak Zul yang berlakon dalam filem ini, tapi aku nampak seorang buta yang bernama Awi. Mungkin, inilah bakatnya Zul Huzaimy yang sebenar kerana selama ini hanya diberikan watak yang antagonis macam dalam Anak Halal. Lakonan Mas Muharni (Melor) juga cukup perasa dan rempahnya. Walaupun dia seorang bakat baru, namun dia telah membuktikan bahawa dia juga sama hebatnya dalam memainkan wataknya disamping pelakon lain yang cukup hebat. Pelakon-pelakon lain macam Ida Nerina dan Mazlan Tahir pada aku memang tak dapat disangkal lagi. Mereka sebagaimana lakonan sebelum ini, memang cukup hebat.

Dalam filem ni, watak protagonis yang dipegang oleh Anuar Idris (Jusoh) cukup mantap. Dari awal filem ni sampai habis, biarpun dia dah insaf tapi aku masih tak suka dengan wataknya (bukan orang sebenarnya ya, tapi watak dia dalam filem ni hehehe). Bukan setakat jahat, tapi gunakan agama lagi. Gerammmmnya!!!!

Pada sahabat-sahabat, filem ini memang menarik, mencukupi segalanya bagi aku. Aku cadangkan, korang tengoklah filem ni dan nilai sendiri. Filem arahan Dr. Hatta Azad Khan ni aku lihat berjaya meragut emosi aku, malah aku rasa tak jemu tengok filem ni dua kali (setakat nilah, lagipun aku baru je beli DVD nya. Ori ok, cetak rompak tak main).

Two thumbs up untuk filem Wayang YA-HA!!!!!

No comments:

Post a Comment