Tuesday 10 February 2009

Pemimpin Islam yang Berwibawa, Rendah Diri, Menghormati Hak Rakyat... Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad محمود احمدی نژاد


Beliau merupakan Presiden Iran yang keenam. Dilahirkan pada 28 Oktober 1956. Ahmadinejad dilantik sebagai Presiden pada tanggal 6 Ogos 2005. Beliau pernah menjadi Gabenor di Wilayah Ardabil pada tahun 1993-1997 dan Datuk Bandar Tehran pada tahun 2004. Beliau berpegang kuat kepada prinsip yang pernah dibawa pemimpin agung dan pencetus Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 iaitu Ayatullah Imam Khomeini.

Kehebatan yang ada pada pemimpin ini terletak pada cara hidupnya yang cukup "cantik". Beliau pernah didekati oleh wartawan daripada Amerika Syarikat (Fox News TV). Mereka bertanya kepada beliau, "Apabila anda melihat cermin pada setiap pagi, apakah persoalan yang anda lontarkan pada diri anda". Beliau menjawab, "Saya mengingatkan diri saya bahawa saya ini hanyalah seorang hamba, yang sedang memikul satu tanggungjawab besar untuk berkhidmat demi rakyat Iran". Ini antara bukti betapa hebatnya beliau ;

Pada hari pertama Ahmadinejad menjejakkan kaki ke pejabat presidennya, beliau telah mendermakan permaidani mahal yang ada di pejabat itu bagi menggantikan permaidani lama di Masjid-masjid sekitar Tehran. Beliau juga turut meminta agar bilik menyambut tetamu tidak terlalu elegen sebaliknya dihias secara biasa, tidak mewah. Tidak cukup dengan itu, Ahmadinejad pernah bersama-sama "cleaner" kawasan kediamannya dan pejabat presiden bagi kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.

Ahmadinejad pernah mengisytiharkan harta beliau, dimana beliau hanya memiliki sebuah kereta Peugeot 504 model 1977, sebuah rumah kecil yang diamanahkan oleh arwah ayahnya lebih 40 tahun yang lalu (malahan rumah tersebut terletak di sebuah kawasan yang cukup terkenal dengan kadar kemiskinan), serta di dalam akaun beliau tidak terdapat sebarang baki pun malahan gaji yang dikreditkan ke dalam akaunnya datang daripada gajinya sebagai pensyarah sebanyak US$250 sahaja. Hanya ini sahaja harta beliau sehinggalah kini. Beliau juga telah menghentikan segala pesanan makanan ke pejabatnya, sebaliknya beliau sendiri membawa bekalan makanan dari rumah yang disediakan oleh isteri beliau.

Sekiranya beliau ingin ke luar negara, beliau tidak menggunakan kapal terbang khas untuk presiden, tetapi hanya menggunakan pernebangan biasa dan lebih ironinya kelas tiketnya hanyalah ekonomi sahaja. Ahmadinejad berpendapat bahawa cara ini lebih menjimatkan dan dapat mengurangkan penggunaan duit rakyat. Ahmadinejad juga membenarkan sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengan beliau tanpa halangan atau membuat temujanji terlebih dahulu. Malahan, beliau membatalkan acara sambutan ketika beliau melawat mana-mana kawasan di Iran. Sekiranya beliau terpaksa bermalam di hotel atas urusan kerja, beliau akan meminta agar hotel tersebut tidak menyediakan beliau katil yang besar kerana beliau tidak suka tidur diatasnya tetapi lebih selesa tidur di atas lantai beralaskan cadar (kain).





Ketika bersembahyang pula, beliau tidak akan duduk di barisan yang paling depan sekali malahan lebih selesa bersama-sama rakyatnya di barisan belakang.

Mengapa tidak kita mempunyai pemimpin yang sehebat beliau? Seorang yang tidak pernah tunduk kepada fahaman Barat? Dan jika anda perasan, dia tidak pernah memakain tali leher (kononnya formallah tu kalau pakai tali leher), sebaliknya beliau lebih sederhana (simple).

Renung-renungkanlah....


2 comments:

  1. Bro, aku mau mencontohi beliau la, sebelum tu ko undi aku jadi menteri dulu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Adakah benar fakta ini. Ada kemungkinan betul tetapi janganlah ditokok tambah. Sila pastikan kebenaran tersebut dahulu sebelum semua masyarakat ambil bulat2 tentang cerita ini. sedangkan banyak musuh beliau di merata dunia. Dianya mmg tiada musuh. Barat memusuhi beliau.

    ReplyDelete