Monday 11 May 2009

Melayu Lalai???


Senario politik Malaysia kini terutamanya di Perak semakin meruncing. Gaduh sana, gaduh sini. Perlukah semua ini berlaku?

Apa yang saya kesalkan, ada yang lantang bersuara namun hanya berani di laman internet. Berani mencari gaduh dengan manusia lain yang diharapkan akan tersinggung dan tersentuh dengan isu yang cuba dibangkitkan. Malahan, ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya disebut. Tegas saya katakan, ADAKAH INI RESAM ADAT MELAYU??!! Anda fikirkan sendiri, pada ketika kita menyedari ketuanan Melayu itu mula digugah tetapi mereka yang masih lena diulit mimpi terus menunding jari mencari kesalahan orang lain.Wahai Melayu, janganlah kamu semua leka dan alpa dengan isu yang boleh membawa kepada kemusnahan kaum sendiri. Sedar bahawa ada masalah yang lebih besar dan perlu diberikan perhatian segera. Janganlah kita sesama Melayu saling salah menyalah, tuduh menuduh, tuding menuding kononnya untuk mencari kebenaran dan membangkitkan kesalahan orang lain. Sebagai manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kesedaran itu perlu ada pada diri kita semua. Tegur itu tidak ada salahnya, tetapi biarlah penuh hormatnya. Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;

Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..


Sebagai insan yang menjadi hamba kepada Maha Esa di muka bumi ini, makanya kita perlu mempunyai kesedaran di dalam diri. Kita perlu sedar akan teman, sedar akan keadaan, sedar ruang, dan yang paling utamanya adalah sedar akan Pencipta. Saya juga mengingatkan diri saya sebagai seorang manusia yang lemah terhadap apa yang saya nukilkan. Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment